Kenapa Perlu Tutup Makanan dan Minuman Kita Walaupun Ditinggal Sekejap? Mesti Baca

Saudaraku pernahkah kita mendengar berita tentang keracunan makanan? Padahal malam hari makanan baru dimasak segar dan bersih dengan jumlah yang besar untuk dihidangkan pada acara pagi harinya. Pernahkah kita mendengar seorang yang sihat dan segar bugar yang sangat jarang sekali sakit, tiba-tiba mendadak jatuh sakit? Itupun diketahui setelah dibuat pemeriksaan kesihatan, bahkan terkadang ada yang tidak dapat dikesan oleh perubatan moden.

Melalui satu hadis Rasulullah Salallahu alaihi wasallam kepada kita.

فَإِنَّ فِي السَّنَةِ لَيْلَةٌ يَنـْزِلُ فِيْهَا وَبَاءٌ لاَ يَمُرُّ بِإِناَءٍ لَيْسَ عَلَيْهِ غِطَاءٌ أَوْ سِقَاءٍ لَيْسَ عَلَيْهِ وِكَاءٌ إِلاَّ نَزَلَ فَيْهِ مِنْ ذَلِكَ الْوَبَاءِ

“Sesungguhnya dalam satu tahun terdapat satu malam yang turun pada malam itu wabak penyakit. Tidaklah wabak itu melewati bekas yang tidak ditutup atau bejana air yang tidak diikat, melainkan wabak itu akan turun padanya.”

(HR. Bukhari, 3/1195, 3106)

Terjadi diantara sebabnya iaitu lupa/enggan menutup gelas minuman ataupun makanan kita di suatu malam (dimana bertepatan dengan turunnya wabak) tersebut.

Oleh kerananya Nabi Salallahu alaihi wasallam bersabda :

وَأَوْكُوا الْأَسْقِيَةَ وَخَمِّرُوا الطَّعَامَ وَالشَّرَابَ“

Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minum kalian.”

(HR. Bukhori 5624)

وَأَوْكُوا الْأَسْقِيَةَ وَخَمِّرُوا الطَّعَامَ وَالشَّرَابَ وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهِ بِعُودٍ“

Tutuplah bejana serta tempat makan dan minum, walaupun hanya engkau meletak sepotong kayu di atasnya.”

(HR. Ahmad 14597)

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata :”Perintah Nabi Sallallahu alaihi wasallam untuk menutup bekas ini bertujuan untuk memperoleh keselamatan dari gangguan syaitan. Allah Ta’ala menjadikan hal itu sebagai sebab terhindarnya seorang hamba dari gangguannya, kerana syaitan tidak dapat memasuki bekas, jika sebab yang disebutkan tadi (dengan menyebut nama Allah) dilakukan.” (Syarah Sahih Muslim, 13/185)

Tutuplah makan dan minummu.. jika tak engkau jumpai satu tutup pun untuk menutup, maka tutuplah dengan ranting/pen/pensil dan sebutlah nama Allah saat menutupnya. Semoga Allah menjaga kita dalam kebaikan dan kesihatan.

Related Search

author
Author: 
    Sedang belajar nak menulis,
    Tidak Tahan Tahi Cicak Banyak Di Rumah? Ini 8 Petua Paling Senang Elakkan Cicak Masuk Rumah
    Nampak kecil dan tidak berbahaya, tapi kehadiran cicak dalam rumah boleh mengganggu anak-anak
    Memang Terseksa Setiap Kali Period Kena Senggugut. Ikuti 6 Cara Semulajadi Ini Untuk Ubatinya
    Senggugut menyerang lagi! Semua wanita pasti sudah masak dengan serangan yang menyakitkan ini!
    Jangan Pandang Remeh Terhadap Penyakit Asma. Atasi Penyakit Ini dengan 5 Cara Mudah
    Ramai antara rakyat Malaysia menghidap penyakit Asma tanpa kita sedari. Kebanyakan mereka ambil
    Rumah Sewa Ditinggalkan Penyewa Lama Dengan Tunggakan Bil TNB Yang Tinggi?
    Kebanyakan tuan rumah mesti pening kepala jika rumah yang diserahkan mempunyai tunggakkan bil