Memang Terseksa Setiap Kali Period Kena Senggugut. Ikuti 6 Cara Semulajadi Ini Untuk Ubatinya

Senggugut menyerang lagi! Semua wanita pasti sudah masak dengan serangan yang menyakitkan ini! Tiada cara semulajadi ke untuk merawatnya? Sakit pinggang, perut kembung atau kekejangan… Hmm, dah tiba masa! Setiap kali tanda-tanda ini sampai, anda naik menyampah. Tahu dah senggugut akan menyerang. Sekali lagi. Setiap bulan. Kesakitan yang sama! Ingatkan selepas melahirkan bayi, senggugut ini hilang. Tapi tak juga! Padanlah wanita sering moody. Semua orang faham. PMS lah tu!

Kenapa senggugut sering menyerang?

Lain wanita, lain sakit senggugutnya. Seperti saya, senggugut teruk akan menyerang pada hari pertama haid. Waktu itu jangan kata nak memasak, nak bangun pun tak larat! Suami tahu sangat dah. Hari pertama haid saya akan terlentang atas katil saja. Tapi mengapa kesakitan ini sering terjadi? Senggugut sering terjadi kerana pengecutan di bahagian uterus atau otot rahim. Jika pengecutan terlalu kuat, saluran darah akan menerima tekanan. Akibatnya, bekalan oksigen ke rahim terputus. Kerana kekurangan oksigen, otot rahim memberi kesakitan dan kesan kekejangan. Namun, punca kesakitan ini juga terbahagi kepada 2, mengikut jenis-jenis senggugut, seperti:

  • Senggugut primer

Disebabkan pengecutan organ rahim yang berlebihan, dikawal oleh bahan bernama prostagladin.

  • Senggugut sekunder

Disebabkan oleh struktur organ pembiakan yang tak normal seperti penyakit fibroid dan endometriosis. Wanita biasanya akan makan pil penahan sakit ketika haid seperti Panadol Menstrual dan menyapu ubat angin. Tapi, doktor pakar menyarankan semua wanita untuk berhenti menggunakan kaedah sedemikian! Sebaliknya, cuba cari cara semulajadi yang lebih cepat dan efektif. Ubat tahan sakit boleh membawa pelbagai kesan sampingan seperti gastritis dan kerosakan buah pinggang.

Merawat senggugut dengan 6 cara semulajadi

Sebab itu kami menyenaraikan 6 cara semulajadi ini untuk membantu anda! Mari baca bagaimana 6 cara semulajadi ini mampu melegakan kesakitan serangan senggugut.

1 Jaga diet dan pemakanan anda.

Ambil serius hal ini! Berhenti makan makanan dengan kandungan lemak tepu yang tinggi. Contoh: aging lembu, kambing, dan produk tenusu. Kajian mendapati makanan ini mengakibatkan pengecutan rahim menjadi lebih kuat! Elakkan juga daripada ambil garam, karbohidrat, serat,  dan minuman berkafein. Pengambilan garam secara berlebihan menyebabkan keradangan dan bengkak pada saluran pembiakan tiub fallopian dan rahim. Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan coklat gelap kurang manis.

2 Air teh dan air suam untuk bertenang.

Air suam mampu memberi kelegaan pada otot rahim yang kejang. Air suam juga membuang toksin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan memberi kesan “kenyang” pada perut. Teh juga bagus untuk melegakan kesakitan. Cuba minum teh hijau atau teh pahit tanpa gula. Teh hijau tinggi dengan fenolat, yang boleh menghalang kesakitan senggugut. Anda juga boleh cuba campur air teh dengan sedikit kapur sirih.

3 Herba

Orang dulu-dulu akan merawat kesakitan datang haid dengan minum air suam bersama beberapa campuran herba. Antara herba yang sering digunakan adalah halia, biji pinang tua, rumput jarum emas, rumput cengkih padang dan pudina. Selain itu, anda juga boleh minum air asam jawa, madum jus daun betik, rebusan kulit kayu manis dan kulit limau nipis atau air kunyit. Caranya mudah saja. Untuk halia. masukkan bahan ke dalam segelas air suam. Manakala untuk biji pinang tua, anda perlu membakar dan menumbuk ia sebelum dimasukkan dalam air suam. Rumput jarum emas dan rumput cengkih padang pula perlu direbus terlebih dahulu. Minum air rebusan.

4 Vitamin, suplemen dan minyak ikan

Satu lagi cara semulajadi untuk merawat senggugut adalah: ambil vitamin B1 dan minyak ikan. Vitamin B6 yang ada dalam ubi kentang, pisang, ikan dan ayam juga dikatakan mampu melegakan tekanan emosi, kembung perut dan senggugut. Kalsium dan magnesium pula dapat mengelak pengecutan keterlaluan pada dinding rahim.

5 Bertuam atau heating pad

Ini cara paling berkesan untuk merawat senggugut, barangkali! Dengan tuaman panas, otot-otot yang sedang mengecut dengan keterlaluan akan menjadi lebih relaks.

6 Senaman rutin

Menurut kajian Dr Ellen Yankauskas dari Women Center of Family Health, senaman rutin mampu melegakan kesakitan senggugut. Ia kerana senaman berupaya untuk menghasilkan bahan kimia bernama endorphin. Endorphin mampu bertindak melegakan kesakitan dan tekanan emosi. Cuba saja senaman-senaman ringan, jika anda tak larat!

Related Search

author
Author: 
    Sedang belajar nak menulis,
    Tidak Tahan Tahi Cicak Banyak Di Rumah? Ini 8 Petua Paling Senang Elakkan Cicak Masuk Rumah
    Nampak kecil dan tidak berbahaya, tapi kehadiran cicak dalam rumah boleh mengganggu anak-anak
    Jangan Pandang Remeh Terhadap Penyakit Asma. Atasi Penyakit Ini dengan 5 Cara Mudah
    Ramai antara rakyat Malaysia menghidap penyakit Asma tanpa kita sedari. Kebanyakan mereka ambil
    Rumah Sewa Ditinggalkan Penyewa Lama Dengan Tunggakan Bil TNB Yang Tinggi?
    Kebanyakan tuan rumah mesti pening kepala jika rumah yang diserahkan mempunyai tunggakkan bil
    Kenapa Perlu Tutup Makanan dan Minuman Kita Walaupun Ditinggal Sekejap? Mesti Baca
    Saudaraku pernahkah kita mendengar berita tentang keracunan makanan? Padahal malam hari makanan baru