Serai & Kurma Baik Untuk Salur Darah Yang Tersumbat, Ini Petuanya Yang Sangat Mudah

Mencegah kan lebih baik daripada mengubati. Tak salah mengamalkan petua yang menggunakan bahan bahan semulajadi. Sesetengah orang anggap amalkan petua ni gaya hidup orang yang dah berusia.

Statement tu tak betul ya! Khasiat yang terkandung dalam makanan yang belum diproses dan bebas kimia ni lagi selamat tau. Panjang pulak membebel. Untuk petua kali ni air rebusan serai dan kurma. Dipercayai baik untuk urat urat tersumbat.

Caranya ialah:

  1. Rebuskan 5 batang serai dengan 7 biji kurma.
  2. Didihkan dengan api perlahan bersama 3 gelas air sehingga air kering tinggal 1/3 atau segelas.
  3. Minum

Khasiat buah kurma untuk kesihatan

 Kaya dengan zat besi
Kurma kaya dengan zat besi dan ini sangat berguna untuk anda yang ada anemia, untuk kanak-kanak serta wanita mengandung. Cukup dengan memakan 100g kurma sehari (kirakira 0.9 mg zat besi), anda telah mengambil 11% pengambilan zat besi yang perlu untuk badan.

 Kurma mengelak ciritbirit ( diarrhea)
Kurma juga kaya dengan potasium yang penting untuk menghalang cirit birit dengan melegakan dinding perut dan usus, serta merangsang bakteria (dalam perut) secara lebih efektif.

 Kurma melegakan sembelit
Mampu melegakan sembelit. Sebab itu disarankan untuk anda merendam beberapa biji kurma dalam air semalaman, dan minum air tersebut pada waktu pagi untuk meningkatkan pencernaan yang baik.

 Mengawal berat badan
Jika anda mahu mengelak lemak berlebihan, anda perlu makan kurma dengan perut kosong. Ia akan mengawal berat badan anda memandangkan ia tiada kolesterol.

 Mengimbangkan kolesterol
Sangat berguna dalam mengimbang dan mengawal kolesterol yang tidak sihat (LDL) kerana kurma membersih salur darah dan menghalang pembentukan darah beku.

 Menguatkan jantung
Kurma yang anda rendam semalaman untuk minum airnya itu, jangan dibuang bijinya. Makan begitu sahaja atau dikisar terlebih dahulu.

 Mengawal selia tekanan darah
Ramai di antara kita yang menderita hipertensi (tekanan darah tinggi) dan orang yang begini perlu makan banyak kurma kerana ia kaya dengan potasium dan tiada langsung sodium.

 Mampu menghalang strok
Potasium dalam kurma adalah mineral yang penting dalam membaik pulih sistem saraf dan boleh menghalang serangan strok. Jadi ambil lebih kurang 400 mg potasium sehari, anda sudah tidak perlu terlalu risau lagi.

Related Search

author
Author: 
    Sedang belajar nak menulis,
    Pokok Semalu Antara Pokok Berduri. Tahukah Anda Terdapat 4 Khasiat Pokok Semalu Yang Berguna Buat Anda
    Kenal tak pokok semalu ni? Pokoknya berduri dan bila disentuh daunnya ia ‘malu’
    Inilah Cara Guna Buah Mahkota Dewa Untuk Buang Toksik Dalam Badan Punca Sakit Kronik, Usahakan Sebelum Terlambat
    Kehebatan Khasiat Buah Mahkota Dewa: Tumbuhan dengan nama saintifiknya Phaleria macrocarpa dikenal juga dengan
    Jangan Abaikan Masalah Kencing Tak Lawas, Anda Berpotensi Kena Batu Karang. Rawat Dengan Jus Buah Ni
    Ramai wanita yang mengalami masalah kencing tak lawas. Hal ini pasti ada hubungkaitnya
    6 Khasiat Rebung Yang Boleh Menjauhkan Anda Dari Pelbagai Penyakit. No. 4 Tu Mesti Ramai Suka
    Rebung buluh merujuk kepada pucuk buluh yang muda dan masih lembut, terutamanya dari